29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

‘Inspektor Sheila’ sudah digantung tugas – KDN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI polis wanita yang beberapa kali videonya tular memarahi anggota polis bawahan dan orang awam, baru-baru ini sudah digantung tugas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pegawai polis wanita terbabit ditahan kerja sejak minggu lalu dan arahan itu berkuat kuasa sehingga proses siasatan ke atasnya selesai.

Menurut beliau, setakat ini terdapat dua kertas siasatan polis dibuka terhadapnya, masing-masing satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama.

“Proses rakam percakapannya sudah diambil pada 18 Jun lalu dan kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 19 Jun lalu.

“Pada masa sama, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman berkait kes yang dihadapinya,” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL),hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, enam kertas siasatan tatatertib oleh JIPS itu adalah berkaitan dengan beberapa video yang tular dalam kejadian di Taman Sri Gombak dan juga video tular pegawai itu bertengkar dengan orang awam, baru-baru ini.

“Dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai polis wanita itu diharap orang ramai tahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kaedah dan mekanisme yang jelas untuk menangani perilaku sebegini.

“Kita biarkan pihak polis mengguna pakai undang-undang dan saluran dalaman seperti JIPS untuk menguruskan perilakunya yang menyebabkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat dan menimbulkan persepsi tidak baik terhadap PDRM,” katanya.

Sebelum itu pegawai berkenaan menerima kecaman netizen selepas dua klip video masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat dimuat naik di media sosial Khamis lalu memaparkan dirinya mencemuh seorang lagi anggota berpangkat lans koperal dalam kejadian sekitar Gombak, Selangor.

Susulan itu, polis Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan sebelum ditahan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Media sebelum ini turut melaporkan bahawa polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang bertengkar dengan orang awam di parkir pusat beli-belah di Brickfields.

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan