27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pelaburan di Terengganu: Pas kata lain, MIDA lapor lain

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera membidas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Khalil Abdul Hadi konon kerajaan Pas Terengganu menerima pelaburan sebanyak RM11.59 bilion.

Ini kerana menurut beliau, kenyataan anak kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Beliau berkata, Khalil bukan sahaja mengeluarkan kenyataan tanpa rujukan yang jelas tetapi cuba menafikan kejayaan yang dicapai di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Saya asalnya berpandangan adalah hak Pas untuk menggembar-gemburkan kejayaan mereka. Tetapi apabila data yang diguna itu kurang tepat sehingga merendahkan kerajaan BN, maka saya kira ia perlu diperjelaskan semula

“Contohnya apabila YB (Khalil) mengatakan pelaburan di Terengganu zaman Pas adalah sebanyak RM11.59 bilion. Iaitu sekali ganda daripada zaman BN sebanyak RM5.33 bilion. Suka saya nak bertanya, di mana sebenarnya rujukan yang digunakan?,” katanya menerusi Facebook beliau.

Ini kerana, Tengku Haphiz berkata, berdasarkan laporan MIDA, Terengganu hanya memperoleh pelaburan sebanyak RM 2.3 bilion antara tahun 2017 hingga Jun 2022 dan hanya 29 projek sahaja yang terlibat.

“Jika Pas Terengganu nak mengatakan laporan MIDA itu palsu atau sabotaj, suka saya mengingatkan laporan ini dikeluarkan pada 22 Ogos 2022 iaitu ketika Pas berada dalam kerajaan Pusat.

“Menteri MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) pula adalah (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali yang kini menjadi pemimpin PN (Perikatan Nasional) bersama Pas,” katanya.

Advertisements

Mengenai tuduhan bahawa pelaburan zaman BN hanya sekitar RM5 bilion, Tengku Haphiz berkata, berdasarkan laporan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 2017, pelaburan negeri di Terengganu pada 2007 hingga 2016 adalah sebanyak RM29.4 bilion.

Jelas beliau, ini bermakna pelaburan yang diterima oleh Terengganu ketika zaman BN dahulu adalah 13 kali ganda lebih banyak daripada zaman kerajaan Pas.

Katanya, ketika Expo Terengganu 2018 anjuran kerajaan BN ketika itu, juga telah berjaya menarik potensi pelaburan melebihi RM18 bilion termasuk pelaburan di Lembah Silika dan Samsung Malaysia yang dibanggakan oleh Pas.

Malangnya, kesal beliau, apabila kerajaan negeri bertukar pada 2018, projek-projek berimpak tinggi tersebut tidak dapat dilaksanakan atau mengalami progres yang perlahan.

“Saya tiada masalah jika Pas terus mahu membesar-besarkan kejayaan kecil mereka. Tetapi nasihat saya, janganlah sampai terfitnah tanpa sengaja,” katanya.

Semalam, Khalil menerusi Harakah Daily mendakwa lima sektor menjadi penyumbang pelaburan di Terengganu sejak 2018 sehingga tahun lalu iaitu pertanian, pembuatan, minyak, gas dan petrokimia, pelancongan dan logistik.

Beliau mendakwa , nilai pelaburan projek perkilangan di Terengganu bagi tempoh sama meningkat kepada RM11.59 bilion meningkat lebih sekali ganda berbanding tempoh 5 tahun sebelumnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan