30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Dasar aspek keselamatan data ditambah baik – Fahmi

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab digital Asia

Mesti Baca

KERAJAAN sedang menyediakan dasar dan undang-undang berkaitan aspek keselamatan data dan siber yang lebih baik sebagai langkah menjadikan Malaysia sebagai hab digital Asia, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Sehubungan itu, beliau berkata, usaha seperti melakukan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan meneliti Rang Undang-Undang Omnibus sedang dilaksana untuk menjadikan dasar digital negara lebih komprehensif.

Beliau berkata, langkah itu kerana Malaysia kini menjadi lokasi pilihan pelabur asing dalam sektor digital, malah kedudukan Malaysia di tangga ke-27 dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2023 membuktikan negara menjadi perhatian syarikat asing dan pemain industri untuk melabur.

“Ramai pelabur melihat Malaysia sebagai destinasi yang selamat dan mereka yakin dengan dasar negara… ini memungkinkan kita menjadi hab digital serantau di rantau Asia.

“Malaysia boleh menjadi gerbang digital kepada rantau ini… kalau sektor pelancongan kita ada slogan Malaysia Truly Asia, untuk sektor ini kita boleh ketengahkan slogan seperti Digital Malaysia: Malaysia Through To Asia… iaitu negara sebagai gerbang digital kepada Asia,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Digital Malaysia 2023 di sini hari ini.

Selain itu, Fahmi berkata, Malaysia juga perlu bekerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek data sovereignty and portability.

Katanya, langkah itu akan melengkapkan ekosistem ekonomi digital negara dan rantau ini, sekali gus memungkinkan berlakunya dekad emas digital bagi negara dan Malaysia mungkin boleh menjadi ‘Harimau Digital Asia’.

Terdahulu, beliau merasmikan program yang akan berlangsung selama dua hari sehingga esok, menghimpunkan syarikat dan pemain industri digital tempatan bagi meneroka hala tuju sektor berkenaan mendepani cabaran dan keperluan global.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Mahadhir Aziz dan Presiden Malaysia Digital Association (MDA) Eileen Ooi. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan