25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kemalangan maut: Zulkifli gesa kerajaan laksana ‘diyat’

Hanya perlu sedikit pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan, termasuklah Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) (KTJ) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (APJ 1987).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamed al-Bakri mempertimbangkan pelaksanaan ‘diyat’ dalam sistem perundangan negara.

Menurut beliau, langkah berkenaan amat perlu untuk diperhalusi memandangkan kekerapan kes kemalangan maut menguris hati yang berlaku di negara ini.

“Insiden yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor semalam benar-benar mengguris hati kita rakyat Malaysia.

“Sejak 2019 ketika masih menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan, saya konsisten menuntut Kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan diyat dalam sistem perundangan Malaysia.

“Pada tahun yang sama, saya juga telah membentangkan kertas kerja berhubung pelaksanaan diyat di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam di Istana Negara,” katanya dalam Facebook semalam.

Zulkifli berkata, pada Jun 2022, beliau sekali lagi menegaskan hal yang sama melalui AL-MAWAQIF™ di pautan https://zulkiflialbakri.com/3-ke-arah-pelaksanaan-diyat…/

Menurut beliau, islam telah menyediakan solusi.

“Hanya perlu sedikit pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan, termasuklah Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) (KTJ) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (APJ 1987).

“Saya berharap Kerajaan memandang serius perkara ini,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kerajaan mungkin bakal memperkenalkan konsep diyat yang merupakan antara idea yang diterima jika hukuman mati mandatori dimansuhkan.

Diyat dalam definisi ringkas bermakna ganti rugi atas sesuatu kehilangan nyawa ataupun kecederaan.

Dari segi jenayah yang dilakukan, diyat terbahagi kepada dua jenis iaitu diyat nyawa iaitu diyat dibayar sebagai pampasan kepada nyawa yang dibunuh dan diyat anggota badan iaitu diyat dibayar sebagai pampasan kepada anggota badan yang dipotong.

Terdapat tiga kategori pembunuhan yang melibatkan diyat, iaitu pembunuhan dengan niat, pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tanpa niat.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan