31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tanah runtuh: Penamat LTdL peringkat ke-7 di Gunung Raya batal

Laluan asal peringkat ketujuh menampilkan tiga zon pecut di Pelabuhan Telaga, Teluk Yu dan Kuah sebelum menuju ke Zon Pendakian Kategori 3 di Lebuh Langkawi dan Zon Pendakian Kategori 1 ke puncak Gunung Raya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LALUAN perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) peringkat ketujuh dari Pekan Kuah ke Gunung Raya, Langkawi hari ini mengalami perubahan berikutan cuaca buruk dan banjir serta tanah runtuh yang melanda pulau peranginan ini.

Berdasarkan kenyataan penganjur, Presiden Komisar pertandingan bersetuju supaya laluan sejauh 90.8 kilometer (km) itu digantikan dengan laluan peringkat lapan membabitkan Loop Langkawi.

“Setelah bermesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah, Jawatankuasa Keselamatan Lalulintas Langkawi dengan ini memutuskan untuk membatalkan penamat di Gunung Raya.

“Ia atas faktor keselamatan semua pelumba dan pegawai pelumbaan serta orang awam.

“Pembatalan penamat ini adalah disebabkan kejadian tanah runtuh di empat lokasi di Gunung Raya dan setakat ini masih lagi terdapat gelongsoran tanah di sana,” katanya malam tadi.

Advertisements

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, laluan ke Gunung Raya ditutup kerana terdapat empat runtuhan tanah berlaku dan masih terdapat pergerakan tanah dikesan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut mengesahkan antara kawasan dilanda banjir termasuk Kampung Teluk Yu, Kampung Kilim dan Kampung Telaga Ayer Hangat di Ayer Hangat; Kampung Belanga Pecah di Kuah; Bukit Kemboja dan Sungai Melaka di Padang Matsirat dan Empangan Padang Saga di Ulu Melaka.

Laluan asal peringkat ketujuh menampilkan tiga zon pecut di Pelabuhan Telaga, Teluk Yu dan Kuah sebelum menuju ke Zon Pendakian Kategori 3 di Lebuh Langkawi dan Zon Pendakian Kategori 1 ke puncak Gunung Raya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan