32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Tahniah kepada Team Haq, juara MPL MY – PM

Team Haq akan membawa Jalur Gemilang mewakili Malaysia bersama pasukan Todak ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4)yang akan berlangsung di Jakarta, tahun depan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pasukan e-sukan Team Haq yang menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 dengan mengalahkan juara bertahan Todak,4-2, semalam.

Perdana Menteri berkata, kejayaan seperti itu adalah bukti negara mempunyai bakat muda yang perlu disokong dan digilap untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Team Haq akan membawa Jalur Gemilang mewakili Malaysia bersama pasukan Todak ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4)yang akan berlangsung di Jakarta, tahun depan.

“Sudah terbukti bakat-bakat anak muda e-sukan kita semakin hebat. Semoga pertandingan di peringkat dunia akan menyerlahkan lagi bakat mereka.Malaysia Boleh!,” katanya dalam Facebook, malam tadi.

Perlawanan semalam menyaksikan Team Haq menunjukkan kehebatan mereka pada pusingan pertama dan kedua apabila berjaya mendahului Skuad Todak.

Situasi itu bagaimanapun tidak mematahkan hasrat Todak untuk mempertahan gelaran juara apabila skuad terbabit menyamakan kedudukan pada pusingan ketiga dan keempat.

Hasrat Todak itu kemudian dipadam Team Haq yang kembali bangkit menewaskan mereka pada dua pusingan terakhir sebelum mengesahkan kejuaraan milik mereka.

Team Haq semalam dibarisi oleh lima pemainnya iaitu Muhammad Syafizan, Aiman Zairie Anuar, Poh Chun Wai, Aimin Zairie Anuar dan Mohamad Nilzaihan manakala Skuad Todak dibarisi Idreen Abdul Jamal, Wan Usman, Zikry Shamsuddin Muhammad Danial Mohamad Fuad dan Muhammad Qayyum Ariffin.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan