28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Mangsa tanah runtuh Sungai Ruil diberi rumah sementara

Mesti Baca

SERAMAI 17 keluarga Orang Asli yang menjadi mangsa tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang akan ditempatkan di kediaman sementara dalam masa terdekat.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa bangunan kuarters kerajaan dan badan berkanun di sekitar kawasan berhampiran untuk dijadikan kediaman sementara semua mangsa.

Kenyataan itu berkata, pada masa yang sama Jakoa mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tujuan tersebut.

“Melalui perbincangan, mangsa terbabit akan ditempatkan sebaik sahaja isu berkaitan kemudahan fasiliti seperti penyambungan bekalan api dan air diselesaikan terlebih dahulu selewat-lewatnya awal Januari 2024,” kata Jakoa dalam kenyataan tersebut hari ini.

Mangsa tanah runtuh Sungai Ruil kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara.

Bagi tindakan jangka panjang, Jakoa berkata, berdasarkan laporan siasatan awal aspek teknikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dibuat pada awal November lepas mendapati, kerja-kerja baik pulih

cerun yang runtuh akan mengambil masa dua tahun dengan peruntukan melebihi RM3 juta.

Advertisements

Katanya, ini termasuk untuk pengukuhan dan penstabilan cerun-cerun di persekitaran kawasan terjejas yang akan dilaksanakan JKR dan dijangka dapat diselesaikan serta penyerahan projek pada November 2025.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan Ahli Dewan Negara, Datuk Ajis Sittin bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jakoa tidak mengambil tindakan drastik untuk menangani masalah penempatan mangsa tanah runtuh Sungai Ruil dalam media semalam

Katanya, dakwaan tersebut bersifat berat sebelah tanpa merujuk Jakoa mengenai

status terkini isu berkenaan.

“Jakoa sentiasa komited dan akan terus membantu keluarga Orang Asli yang terjejas dalam memastikan kebajikan mereka terjaga supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa tinggal di penempatan sementara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan