24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Pembaharuan MM2H perlu ambil kira kepentingan negara, rakyat

Mesti Baca

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing diingatkan agar mengambil kira kepentingan negara dan rakyat ketika merancang pembaharuan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berharap King Sing berfikir dengan semasak-masaknya sebelum melaksanakan perubahan tersebut agar tidak mengundang risiko untuk negara di kemudian hari.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu mempersoalkan cadangan kementerian berkenaan yang mahu membuka program MM2H kepada golongan seusia 30 tahun.

Malahan program MM2H juga dikatakan memberi kebenaran kepada peserta program terdiri warga asing itu untuk memohon penduduk tetap (PR) dengan syarat-syarat tertentu termasuk mempunyai simpanan deposit sebanyak RM5 juta.

Berikut kenyataan penuh Mas Ermieyati menerusi Facebook beliau:

Saya terpanggil untuk menjawab jawapan serta dakwaan Menteri Pelancongan YB Datuk Seri Tiong King Sing untuk menyiasat saya di atas dakwaan mencetuskan isu perkauman dan mengelirukan orang ramai.

Agak mencuit dan menggelikan hati saya apabila YB Menteri menyatakan sedemikian rupa. Sebab kenyataannya sendiri yang telah saya ambil dari media dan juga infografik milik YB Menteri sendiri (walaupun dah ada beberapa link media yang dah pun dihapuskan).

Ada beberapa isu yang perlu diberi perhatian.

1. Pertama; Proses permohonan dan kelulusan yang terlalu longgar yang membuka ruang kepada lambakan kemasukan warga asing. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan setiap pemberian taraf Penduduk Tetap (PR) di negara ini ditapis dengan teliti, dan bukan hanya bergantung kepada kemampuan meletakkan deposit simpanan tetap.

Sedangkan, proses umum untuk permohonan Penduduk Tetap adalah lebih komprehensif – termasuk penilaian kemampuan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu, kelayakan akademik, nilai pelaburan yang dibawa masuk dan pengalaman berkerja di Malaysia.

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

2. Kedua; Adakah syarat-syarat baharu ini telah dibawa, diputuskan dan mendapat persetujuan dalam kabinet sebelum diumumkan? Adakah proses ini telah dilaksanakan melalui perbincangan dan konsultasi dengan KDN?

3. Ketiga; Anak-anak pemilik Penduduk Tetap (PR) yang lahir di Malaysia juga mendapat taraf warganegara secara automatik. Ironinya, sehingga kini masih tiada penyelesaian terhadap isu status warganegara anak yang dilahirkan wanita Malaysia yang dilahirkan di luar negara.

Advertisements

Ini adalah satu diskriminasi dan ketidakadilan buat warganegara kita sendiri. Belum termasuk warga asing lain yang masih belum mendapat taraf PR walaupun bertahun-tahun menetap di Malaysia dan berkahwin dengan warganegara Malaysia

4. Keempat; Isu keselamatan. Kita pernah dikejutkan dengan berita perisik Korea Utara yang berjaya memasuki negara kita melalui program MM2H sewaktu di bawah MOTAC sebelum tahun 2020.

Apakah yang dimaksudkan oleh YB dengan tapisan yang lebih ketat? Apakah tambah baik ciri keselamatan yang telah YB Menteri Pelancongan usahakan?

5. YB menyatakan bahawa Program MM2H ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi tempatan. Banyak lagi inisiatif yang boleh diambil dan diutamakan.

Contohnya, memperbaiki, memulihara dan menaik taraf infrastruktur tempatan serta memberi fokus kepada penghasilan dan penjenamaan produk dan makanan Malaysia.

Perkenalkan budaya kita, jadikan tempat-tempat bersejarah sebagai lokasi tumpuan untuk tarik pelancong sempena Visit Malaysia 2026. Kita ada banyak kelebihan yang boleh diketengahkan untuk tarik pelancong bernilai tinggi (high yeild tourists).

6. Visi asal pelaksanaan MM2H adalah untuk memberi galakan kepada pesara warga asing untuk memilih Malaysia sebagai tempat persaraan.

Namun, syarat baharu termasuk menurunkan usia pemohon kepada 30 tahun dengan tempoh keberadaan yang lebih singkat boleh menyebabkan persaingan pekerjaan dalam kalangan belia (isu kepada perbezaan bayaran gaji ekspatriat sekiranya mereka bekerja di Malaysia).

7. Sebagai bekas Timbalan Menteri MOTAC, saya faham tentang kepentingan dan sensitiviti program MM2H ini.

Sekiranya pihak MOTAC ingin menarik minat golongan muda dan belia yang mampu menjadi pelabur dan sebagainya, saya cadangkan perkenalkan program baru dengan kerjasama MITI atau tambah baik Program Visa Premium (PVP) sedia ada.

8. Saya amat berharap supaya sebarang bentuk pembaharuan program akan beri kebaikan tanpa mengabaikan kepentingan negara dan rakyat.

Tak perlu nak sensitif sangat YB. Mungkin YB perlu tengok cermin sebab mudah sangat ‘trigger’ dan melenting apabila kita membuat teguran. Harapan saya, supaya YB Tiong untuk sepuluh kali ukur, sekali kerat.

Fikirlah masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko untuk negara kita yang tercinta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan