24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kisah anak dianiaya bapa bukan isu kecil – Zulkifli

Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan seorang anak yang dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu yang kecil.

“Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah di muka pengadilan.

“Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.

“Sebelum kita membangkitkan tentang aib, perkara yang lebih penting untuk kita muhasabah bersama adalah bagaimana sepatutnya sistem keibubapaan berfungsi sebagai tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.

“Apakah respon mereka? Bagaimana tindakan mereka? Ia akan menentukan bagaimana kesudahannya bagi si anak samada masalah itu dipendam dan anak terus merana, atau dibongkar sehingga orang ramai pula yang menghakimi,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan mengulas mengenai pendedahan dibuat oleh seorang pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun baru-baru ini yang mendakwa dicabul bapa kandungnya.

Tegas beliau lagi, masyarakat juga perlu dididik untuk bersikap lebih berhati-hati kerana tugas menghukum hanya terletak di bahu pihak berkuasa.

Advertisements

“Apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti yang tular baru-baru ini, itulah saat terbaik masyarakat untuk kembali memuhasabah peranan masing-masing sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada dalam keluarga masing-masing.

“Dari sinilah baru kita belajar tentang keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan untuk menyalurkan masalah hanya kepada pihak berautoriti.

“Sistem sokongan seperti ini tidak akan berhasil tanpa ibu bapa dan ahli keluarga yang cakna dan benar-benar memainkan peranannya,” katanya.

“Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan kita.

Ujarnya lagi, di samping itu, sebagai muslim kita yakin Allah Maha Adil lagi Bijaksana.

“Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa yang ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan