25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM gesa syarikat Malaysia tembusi pasaran halal belum diteroka

Ini kerana pasaran halal diramal berkembang daripada RM8.8 trilion kepada RM14 trilion menjelang 2028.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa syarikat-syarikat Malaysia mencari keunikan sendiri dalam menembusi pasaran halal yang belum diterokai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana menurut Petunjuk Ekonomi Islam Global, industri halal diramal berkembang daripada RM8.8 trilion kepada RM14 trilion menjelang tahun 2028.

“Pertimbangkanlah keperluan untuk mengubah suai usaha penjenamaan dan promosi anda dalam mengakses pasaran baharu.

“Kita perlu cekal dan berdaya saing. Inilah masanya bagi kita untuk mempelbagaikan potensi halal,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Ke-18 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarbangsa (MITEC) di ibu negara hari ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba; dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong.

MIHAS edisi ke-18 berlangsung selama empat hari bermula 7 September melibatkan lebih 1,258 pameran melibatkan 32 buah negara.

Ismail berkata, sehingga kini lebih 8,000 syarikat tempatan telah diiktiraf halal dan 20 peratus daripada jumlah itu merupakan syarikat pengeksport.

Advertisements

“Justeru, penganjuran MIHAS merupakan satu testimoni kepercayaan rakyat terhadap keberkesanan strategi kerajaan dalam memacu pembangunan dan inovasi industri halal di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Malah, peningkatan jualan sektor halal juga, tambah Ismail Sabri, telah melonjakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di samping membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pemain industri.

“Peningkatan hasil jualan daripada pameran perdagangan bertaraf antarabangsa seumpama MIHAS dari tahun ke tahun akan memberi kesan limpahan kepada sektor berkaitan halal, dan secara tidak langsung menyumbang kepada kejayaan syarikat-syarikat Malaysia, khususnya pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Malah, peningkatan jualan sektor halal ini akhirnya akan melonjakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di samping membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat Malaysia untuk membawa industri halal ke peringkat antarabangsa.

“Saya berasa bangga apabila dimaklumkan dalam tempoh sembilan tahun berturut-turut, Malaysia berjaya mengekalkan tempat teratas, berdasarkan Petunjuk Ekonomi Islam Global yang terkandung dalam laporan ‘State of the Global Islamic Economy 2022’, menandingi 81 negara lain.

“Penilaian ini telah dibuat berlandaskan inisiatif digitalisasi ekonomi, pembangunan infrastruktur Halal dan peningkatan fokus kerajaan terhadap sekuriti makanan dan penjagaan kesihatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan