23.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Kesemua penama dalam lejar UKSB telah dipanggil – Azam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil kesemua penama yang tersenarai dalam lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata, pihaknya menjangkakan kertas siasatan mengenainya siap dalam masa terdekat.

“Siasatan mengenai UKSB kita telah jalankan dan telah memanggil kesemua penama-penama yang disebutkan dalam lejar itu. Saya jangka dalam tempoh terdekat ini akan disiapkan oleh pegawai penyiasat,” katanya selepas majlis Konvokesyen Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) Law Enforcement Accredited Programme 2022 hari ini.

Azam berkata, kertas siasatan yang siap itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk dikaji dan dibuat keputusan mengenainya.

Pada 18 Jun lepas, SPRM berkata, kertas siasatan dibuka terhadap penama yang dikatakan menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, susulan beberapa aduan yang diterima terhadap individu yang tersenarai dalam satu lejar, seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan.

Baca juga:   Warga TNB kumpul RM1.57 juta bantu golongan terjejas

Mengenai kertas siasatan membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak berada dengan AGC, Azam berkata kertas siasatan itu sebenarnya telah dikemukan kepada AGC dan telah dihantar balik ke SPRM untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan itu masih lagi dengan kami setelah diberi oleh pihak beliau (AGC). Kita akan tunggu arahan lanjut kemudian untuk dibuat keputusan,” katanya.

Baca juga:   Bunuh ahli keluarga, polis buru adik mangsa

Mengenai siasatan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), Azam berkata, siasatan masih berjalan kerana banyak perkara yang perlu disiasat.

Beliau berkata, walaupun ada pihak yang mengetengahkan isu tadbir urus yang diambil daripada laporan forensik audit, namun SPRM perlu menyiasat lebih lanjut mengenai jenayah yang dilakukan dan pegawai penyiasat memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan, kerana perlu memanggil saksi termasuk dari luar negara.

Ditanya sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad akan dipanggil untuk siasatan, Azam berkata, tiada komen, kerana kami sedang menyiasat.

“Ada orang mendedahkan mengenai beliau, tetapi kami perlu siasat,” katanya.

Pada 22 Ogos lepas, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS itu adalah milik keluarga bekas timbalan menteri pertahanan itu, serta mendakwa siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan mendapati syarikat pembekal itu dimiliki isteri Dr Abd Latiff.— BERNAMA

Baca juga:   Zuraida sedia jumpa PM minggu ini

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan