25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Bekas mufti sebak baca khutbah nikah anak sendiri

Sebelum memulakan khutbah dengan tiga pesanan buat pengantin, Zulkifli mengesat air mata serta tangisan ikhlas dari hatinya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

“BIASANYA khutbah nikah, saya lancar. Tapi hari ini anak saya nikah, saya tak mampu…”

Itu kata-kata yang diluahkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari pernikahan anaknya.

Majlis akad nikah anak beliau, Mohammad Hasanain dan Nurul Azzlina Nabilah Abdul Aziz berlangsung hari ini.

Sebelum memulakan khutbah dengan tiga pesanan buat pengantin, Zulkifli mengesat air mata serta tangisan ikhlas dari hatinya.

“Dalam perkahwinan ini, sudah tentu ada badai dan ombak. Maka selesaikan lah dengan toleransi, bukan amarah dan bukan mengikut hawa nafsu dan syaitan.

“Hendaklah banyak qiyam, dan mohon maaf. Istigfar kepada Allah. Jangan lupa wahai anakku, sembahyang malam dan juga sentiasa menyuruh keluarga untuk solat fardhu.

Baca juga:   Menyahjenayah cubaan bunuh diri perlu kajian terperinci

“Perkara terakhir yang saya ingin sampaikan, jangan lupa berbakti kepada ibu bapa dan kepada orang-orang tua… sambung silaturahim, begitu juga nafkah wajib ditunaikan (kepada isteri) Jangan sesekali lupakan nafkah buat isteri…”

“Saya tutup dengan doa buat kedua mempelai,” katanya dalam hantaran video menerusi Facebook beliau.

Dalam hantaran berlainan, Zulkifli menzahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berlangsung dengan jayanya.

Beliau turut menitipkan pesanan buat anaknya yang baharu sahaja bergelar suami isteri.

“Anakku, setiap pasangan yang berkahwin bertekad untuk mendapat kebahagiaan. Tetapi hakikat tidak ramai yang dapat mengecapinya.

Baca juga:   Lelaki tempatan dan warga asing ditangkap cuba ragut wanita

“Ramai yang ingin menawan hati pasangan tetapi lupa yang hati itu hakikatnya milik Pemilik Segala Hati dan Cinta iaitu Allah SWT.

“Sepanjang pengamatan abah, ada beberapa ramuan penting untuk pedoman anakanda,” katanya.

Beliau berkata, antaranya ialah kejujuran dalam melayari bahtera kehidupan dan setiap pasangan bertangunggjawab dengan peranan masing-masing. 

Selain itu, pasangan juga perlu menzahirkan pengorbanan serta sentiasa mengutamakan solat berjemaah dan solat malam.

Pada masa yang sama, beliau berpesan agar mereka mengambil iktibar daripada pasangan lain dengan yang baik dijadikan teladan manakala yang tidak baik dijadikan sempadan di samping perbanyakkan doa.

Menurutnya, dalam bahagia ada ujian dan itulah sunatullah yang mematangkan dan menguatkan ikatan kasih.

Baca juga:   Sebar agama lain kepada umat Islam dilarang Perlembagaan

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ini bukan pengakhiran karier politik saya – Hishammuddin

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang digantung keahlian dalam UMNO menegaskan keputusan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya. Sebaliknya bekas...

Lagi Artikel Berkaitan