25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rayuan Najib: Pembelaan kekal pilih tak berhujah

Tengku Maimun kemudian menetapkan 23 Ogos untuk meneruskan pendengaran rayuan itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PIHAK pendakwaan hari ini selesai mengemukakan hujahannya dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta milik dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, Datuk V Sithambaram mengakhiri hujahannya pada 4 petang di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

“Kami (pendakwaan) selesai mengemukakan hujahan kami,” kata Sithambaram.

Tengku Maimun kemudian menetapkan 23 Ogos untuk meneruskan pendengaran rayuan itu.

“Kita kembali Selasa ini untuk uruskan perkara ini,” katanya.

Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik bagaimanapun menyatakan tidak akan membuat sebarang hujahan sama ada bertulis atau tidak.

Bahkan, Hisyam turut memohon keizinan untuk dikecualikan kehadiran memandangkan dia mempunyai hal lain.

Advertisements

Permintaan berkenaan kemudiannya dibalas oleh Tengku Maimun dengan menegaskan kes akan disambung Selasa ini.

Seperti saya katakan sebelum ini berkali-kali, kita tidak akan menangguhkan lagi kes ini. Anda diberi masa Sabtu, Ahad dan Isnin, tiga hari untuk berbuat apa-apa.

“Tidak mengapa tidak boleh bertulis, boleh buat secara lisan. Jangan anda katakan tidak bersedia untuk mengemukakan hujahan mengenai 94 alasan dalam petisyen rayuan anda.

“Awak (Hisyam) bebas menentukannya,” tegas Tengku Maimun.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan sekali lagi tidak membenarkan permohonan Hisyam untuk menangguhkan prosiding rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadap Najib.

Ia dimohon sekali lagi oleh Hisyam selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanak Datuk V Sithambaram selesai berhujah mengenai penangguhan bagi membantu mahkamah hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan