29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dr Zulkifli terkejut hadiri pernikahan ‘Erra Fazira’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri terkejut selepas beliau menyangka telah menghadiri pernikahan pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira  di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), hari ini.

Namun, pasangan Erra Fazira yang dimaksudkan bukanlah penyanyi dan pelakon itu sebaliknya hanya seorang daripada pasangan yang bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan di Kuala Lumpur.

Erra Fazira dan pasangannya selamat dinikahkan di pejabat JAWI, hari ini. Foto FACEBOOK DR ZULKIFLI AL-BAKRI

Menurutnya, pernikahan kedua-dua pasangan itu berlangsung dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan oleh pihak JAWI

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

“Tahniah puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” tulis beliau di Facebook.

Advertisements
Dr Zulkifli menyaksikan pernikahan Erra Fazira di pejabat JAWI hari ini. Foto FACEBOOK DR ZULKIFLI AL-BAKRI

Terdahulu, Dr Zulkifli membuat lawatan mengejut ke tapak majlis akad nikah di pejabat JAWI sebelum menyertai majlis akad nikah yang dilaksanakan kira-kira pukul 9 pagi.

Beliau turut sempat meninjau SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri itu.

 “Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan taklimat yang diberikan.

“InsyaAllah saya akan umumkan SOP Akad Nikah terbaharu bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat,’ tambahnya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan