24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Covid-19: Kehadiran MP di Dewan Rakyat dihadkan kepada 80 orang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hanya membenarkan 80 daripada 222 ahli Parlimen memasuki dewan bermula esok ketika waktu persidangan dipendekkan dari pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang minggu depan.

Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang membacakan peraturan baharu itu berkata, 41 daripada 80 kerusi akan diwakili oleh ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) manakala 39 lagi kerusi oleh pembangkang dan bebas.

Menurutnya, langkah itu dibuat untuk menyekat penularan Covid-19 di Parlimen.

Bagaimanapun peraturan baharu itu dibantah ahli Parlimen pembangkang kerana berpendapat Dewan Rakyat harus mempunyai  perancangan yang lebih baik untuk mengekang Covid-19.

Keputusan baharu itu juga akan menyaksikan tempoh persidangan Dewan Rakyat dipendekkan dari 89 jam 30 minit kepada 66 jam sekali gus memendekkan perbahasan Belanjawan 2021.

Terdahulu Rashid berkata, pemilihan ahli Parlimen yang menyertai sidang akan ditentukan oleh parti masing-masing dan mereka yang hadir akan diberikan kad khas untuk merekodkan kehadiran.


Beliau menjelaskan, sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada hari Isnin hingga Rabu ialah selama 1 jam dari 10 pagi hingga 11 pagi.


Namun katanya, hanya satu soalan tambahan dibenarkan dan soalan mestilah ringkas.

Advertisements

Rashid pada masa sama memberitahu, waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) pula ditetapkan pada hari Selasa dan Khamis selama 5 minit bermula jam 10 pagi.

“Ahli-ahli Parlimen akan membacakan soalan dan menteri berkenaan akan menjawab secara bertulis pada hari yang sama.

“Soalan dan jawapan itu akan disiarkan di portal Parlimen secepat mungkin,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Rashid dalam pada itu berkata, jumlah hari persidangan mesyuarat ke-3 tahun ini boleh ditambah sebanyak dua hari iaitu pada 16 dan 17 Disember jika diperlukan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan mengusulkan memendekkan waktu sidang Parlimen itu bermula 9 November hingga 15 Disember.


Usul itu kemudian diluluskan oleh Rashid selepas lebih ramai suara bersetuju.

Bagaimanapun ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kemudian mempersoalkan adakah usul itu akan kekal jika negara dapat tangani pandemik Covid-19 dalam dua minggu akan datang.

Takiyuddin kemudian menjawab usul baharu dan usul itu boleh dipinda pada bila-bila masa.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan