29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Biden hampir menang, Trump fail kes di Mahkamah Agung

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Calon Demokrat, Joe Biden semakin hampir untuk menyingkirkan Donald Trump dari Rumah Putih apabila hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).

Biden kini sudah memperolehi 264 undi elektoral manakala Trump 214 undi tersebut. Calon yang mendapat 270 daripada 538 undi elektoral akan diisytiharkan menang.

Ketika bercakap kepada media hari ini, Biden berkata negeri yang dikuasainya sudah cukup untuk membolehkannya memenangi pilihan raya tersebut

“Saya dan gandingan saya Kamala Harris berada di landasan yang tepat untuk memecahkan rekod undi popular di AS.”

Walaupun Biden belum isytihar menang memandangkan Trump memfailkan permohonan di Mahkamah Agung untuk menghalang undi pos dikira di beberapa negeri, Biden sudah pun mencatatkan sejarah sebagai calon yang mendapat undi paling banyak dalam sejarah pilihan raya AS.

Advertisements
Joe Biden ketika menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat di bawah kepemimpinan Barrack Obama sebagai Presiden.

Bekas Naib Presiden AS itu ketika era kepemimpinan Barrack Obama sebagai Presiden, kini sudah memperolehi lebih 70 juta berbanding undi yang pernah diterima oleh Obama iaitu 69.456,897 undi pada tahun 2008.

Biden ketika ini menguasai separuh daripada undi yang dikira manakala Trump sekitar 48 peratus.

Jika keputusan menyebelahi Biden, ia sudah tentulah tamparan hebat kepada Trump yang akan bukan sahaja kalah buat kali kedua dalam perolehan undi popular tetapi juga hanya menjadi Presiden AS sepenggal sahaja.

Sementara itu penganalisis dan politik di AS mengkritik tindakan Trump yang dianggap ‘tidak keruan’ selepas mendapati beliau akan kalah manakala di Pennsylvania orang ramai mula menyatakan demonstrasi membantah Presiden AS tersebut.

Mereka menganggap tindakan Trump mahu menghalang perkiraan undi tersebut sebagai tidak masuk akal, justeru mereka mendesak supaya semua undi dikira seperti mana ditekankan oleh Biden ketika bercakap media awal pagi ini.

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan