26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

PKPB boleh dilaksanakan di kawasan zon oren – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak terhad kepada kawasan yang diisytiharkan sebagai zon merah sahaja kerana ia juga boleh dilakukan ke atas zon oren Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain daripada zon merah yang melibatkan lebih daripada 40 kes jangkitan Covid-19, PKPB juga boleh dilaksanakan ke atas zon oren atau kawasan yang mempunyai lebih 20 kes jangkitan Covid-19.

“Pada masa sama, sebarang zon yang melibatkan lebih daripada 10 kes Covid-19 akan diberikan penilaian risiko proaktif untuk pencegahan kesihatan awam,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Berdasarkan infografik yang dilampirkan Dr Noor Hisham, beberapa daerah dikategorikan sebagai zon oren ketika ini.

Antara kawasan itu ialah, Putrajaya; Larut Matang, Selama (Perak); Kuala Selangor (Selangor); Dungun (Terengganu) dan Ranau (Sabah).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, walaupun PKPB membenarkan aktiviti ekonomi dan rangkaian perbekalan diteruskan tanpa gangguan, namun ia tidak terpakai untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu katanya, adalah menjadi satu cabaran untuk melindungi dan menyeimbangkan antara kesihatan dan ekonomi daripada Covid-19.

“Tiada keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan hilang mata pencarian,” tambahnya.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan