30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ebit Lew ziarah keluarga Siti Nur Surya, sempat kongsi kisah Nabi Yakob

Mesti Baca

KUALA TERENGGANU – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sempat berkongsikan kisah Nabi Yakob AS yang diuji kehilangan anaknya, Nabi Yusuf dan kisah Nabi Muhammad SAW semasa menziarah kediaman Ismail Muda, bapa kepada Siti Nur Surya  di Kampung Lubuk Batu, Telemong dekat sini, hari ini.

 Ustaz Ebit berkata, beliau berasa sayu dan pilu dengan pemergian Siti Nur Surya yang dipercayai dibunuh rakannya sendiri, baru-baru ini.

Ustaz Ebit sempat membaca doa buat keluarga Siti Nur Surya

“Sampai jer rumah mereka, ayah Siti Nur Surya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah,” tulisnya dalam hantaran Facebook beliau hari ini 

Ismail memberitahu, dia tidak dapat melupakan anaknya dan air matanya asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik.


Kata Ismail lagi, Allahyarhamah selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser.

“Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa,” katanya.

Ebit Lew sempat berbual dengan ibu Siti Nur Surya.

Ebit Lew berkata, ibu kepada Siti Nur Surya, Zaini Musa mengenalinya dan memberitahu selalu tengok beliau walau dalam keadaan tak sihat.

“Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as.Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. 

“Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga,” katanya.

Semalam, polis tidak menolak kemungkinan perasaan tidak puas hati akibat sering disindir, dipercayai menjadi punca pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata ia susulan dakwaan suspek ketika tampil di Balai Polis Telemong bersama ibunya bagi membantu siasatan kes terbabit kira-kira pukul 7.30 pagi semalam.

Beliau berkata, suspek berusia 19 tahun mendakwa bahawa mangsa sering mengejek kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibu hanya bekerja sebagai tukang cuci dan bapa pula bekerja kampung, berbanding kehidupan keluarga mangsa yang agak senang.

“Suspek turut mendakwa mangsa suka mengejek dengan menyatakan dia tidak cantik berbanding dirinya, dan kononnya kekurangan itu menjadi punca suspek masih tiada teman lelaki sehingga dia sering memendam perasaan.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Mohd Adli berkata, selain pergelangan tangan Siti Nur Surya terputus, pemeriksaan juga mendapati ada kesan tusukan pada leher mangsa dan beberapa kecederaan lain.

“Polis juga percaya ada berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek kerana kita menjumpai beberapa helaian rambut dalam genggaman mangsa,” katanya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan