24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

‘Mak hadiahkan sejadah, teman saya ke masjid’

Kisah perjalanan Mikhael Sathayah memeluk Islam meruntun jiwa mereka yang mengikutinya, termasuk Ebit Lew

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KASIH ibu kepada anak tiada galang-ganti. Biarpun dia dan anaknya berbeza agama sedikit pun tidak pernah membuatkan kasih si ibu surut.

Itulah yang dialami oleh Muhammad Mikhael Sathayah apabila ibunya yang masih beragama Hindu sanggup menemani anaknya itu ke masjid.

“Terima kasih mak, terima kasih kerana menerima saya. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak tak ada anak, anak mak dah mati, makin hari, mak nampak saya semakin tenang.

“Mak hadiahkan saya sejadah dan mak temankan saya ke masjid. Terima kasih mak, walaupun kita berlainan agama mak tunggu di luar masjid,” katanya menerusi satu rakaman video yang tular baru-baru ini.

Menceritakan bagaimana dia mendapat hidayah dan memeluk Islam, Mikhael berkata, segalanya bermula apabila satu pagi dia terdengar suara yang indah berbunyi, “Aku yang cipta kamu tapi ini yang aku berikan kepada kamu, terima sahajalah.”

Katanya, sejak itu dia tertanya-tanya maksud persoalan tersebut dan cuba mencari jawapannya.

“Saya rasa saya tahu, tetapi saya tak mahu menerima, saya mengejar dunia, makin gelap jiwa saya mencari jiwa yang hilang.

Advertisements

“Sampai dah dapat jawapan, saya bagi tahu mak saya nak masuk Islam, mak terdiam, mak terkejut, lepas tu mak senyum dan bagi kebenaran,” katanya.

Mikhael berkata, sebelum itu dia merasakan jiwanya kosong dan cuba mengisinya namun kesakitan menjadi-jadi.

Terharu dengan kisah Mikhael, pendakwah bebas Ebit Lew telah mengambil kesempatan untuk bertemu pemuda tersebut dan ibunya.

Kata Ebit, dia sebak sebaik mengetahui kisah dua beranak tersebut dan betapa si ibu tetap menyayangi anaknya yang sudah meninggalkan agama terdahulu.

“Terharu sebak masa dengar kisah di TikTok ‘Muka Gengster’ tentang kasih sayangnya bersama ibunya walau setelah anaknya masuk Islam.

“Kebaikan ibunya. ‘Muka Gengster’ anak mak. Sentiasa menjaga ibunya. Betapa ibunya menyayanginya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan