31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Noh Omar tarik diri daripada menganggotai PAC

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mengumumkan menarik diri daripada menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara  (PAC) secara serta-merta, hari ini.

Noh berkata, keputusan itu dibuat secara sukarela kerana beliau mahu memberikan perhatian lebih kepada UMNO negeri Selangor. 

Menurutnya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Barisan Nasional dan Speaker Dewan Rakyat semalam dan surat rasmi dihantar pada pukul 10 pagi tadi. 

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pencalonan nama saya sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi mewakili Barisan Nasional sepertimana yang diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat semalam.

“Saya secara sukarela mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara berkuat kuasa serta-merta untuk memberi perhatian lebih kepada UMNO negeri Selangor

“Semoga PAC akan terus memainkan peranan dalam memastikan tadbir urus kewangan negara berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau, hari ini.

Advertisements

Semalam, Dewan Rakyat mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Wong Kah Woh sebagai pengerusi PAC yang baru; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu) sebagai naib pengerusi serta 12 ahli PAC termasuk empat wakil rakyat pembangkang.

Selain Noh, ahli Parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai PAC kali ini ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Mohd Faisah Mohd Fakeh; ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa, ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaludin Alias; ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Suani; ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dan ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Ahli Parlimen pembangkang yang dilantik menganggotai PAC pula ialah ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar; ahli Parlimen Lumut Mohd Hatta Md Ramli; Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi dan Ahli Parlimen Papar Ahmad Hassan.

Sebelum ini, ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dilantik sebagai pengerusi PAC sebelum melepaskan jawatan apabila kerajaan PH tumbang, selepas dipilih sebagai menteri pengajian tinggi di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika era pentadbiran PH, Noraini merupakan antara tiga ahli parlimen pembangkang yang menjadi ahli PAC bersama ahli Parlimen Jasin Ahmad Hamzah dari BN, dan ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Pas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan