26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jentera BN Parlimen Pasir Puteh telah siap-siaga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENTERA Barisan Nasional (BN) di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Pasir Puteh, sudah bersiap-siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerjasama, koordinasi dan kerja kuat daripada jentera akan menjadi asas utama kepada kemenangan BN di Parlimen itu.

“Dari hari Jumaat berada di Pasir Puteh bagi mengemaskini segala aspek dan menilai kesiapsiagaan jentera BN di keempat-empat DUN dalam Parlimen Pasir Puteh.

Jentera BN Parlimen Pasir Puteh telah siap siaga hadapi PRU15.

“Bermula dengan DUN Limbongan, Gaal, Semerak dan berakhir di Selising, keseluruhan 48 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang telah saya temui dilihat berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi PRU-15,”katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi turut berdoa semoga perjuangan mereka dipermudahkan dan diberkati Allah. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan