25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Isu Cikgu Fadli: KPM sangkal telah jatuhi hukuman

Lembaga Tatatertib dijadualkan akan bersidang esok bagi mendengar penjelasan berhubung aduan yang diterima terhadap cikgu tersebut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menyangkal dakwaan seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang kononnya sudah dijatuhi hukuman.

Sebaliknya, Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tatatertib serta keperluan untuk beliau mengemukakan representasi (penjelasan) bertulis.

Bagaimanapun, pihaknya mengambil maklum perkara yang dibangkitkan dalam media sosial berkaitan Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh.

“Untuk makluman, surat yang dihantar kepada cikgu tersebut bukanlah suatu surat yang membawa maksud bahawa hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib,”katanya dalam satu video yang dimuat naik di hantaran Facebook KPM hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan berhubung penularan surat yang dibuat seorang cikgu sekolah rendah berkenaan yang disalahtafsir kononnya sudah dijatuhi hukuman, tetapi sebaliknya ia adalah arahan untuk mengemukakan representasi berhubung aduan yang diterima terhadapnya.

Menurut Pkharuddin, pihak Lembaga Tatatertib dijadualkan akan bersidang esok bagi mendengar penjelasan berhubung aduan yang diterima terhadap cikgu tersebut.

“Pihak Lembaga Tatatertib telah menerima surat representasi daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober 2022.

“Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada hari Isnin, 17 Oktober 2022,” jelasnya lagi.

Berhubung prosiding yang dikenakan terhadap Fadli, KPM menjelaskan semua pegawai awam yang berkhidmat dalam kerajaan tertakluk dibawah peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk saya sendiri.

“Saya berharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak,”katanya.

Semalam, dalam hantaran di Facebook, Cikgu Fadli berkongsi surat yang diterima daripada KPM, susulan beberapa isu yang dibangkitkan melalui media sosial. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan