26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PRU15 : UMNO kekal namakan Ismail Sabri calon PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO kekal menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan dengan itu, Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan pembangkang yang beliau akan dilantik ke jawatan itu jika BN kembali mentadbir kerajaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan melangkaui kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan seorang Perdana Menteri.

“Kita berpegang kepada prinsip bahawa UMNO telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, itu tidak boleh dipertikai lagi.

“Namun, kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, hari ini.

Advertisements

Menurut Ahmad Zahid, jika ada parti pembangkang yang menamakan individu lain selain Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri BN, maka ia adalah usaha untuk mereka memecahbelahkan BN dan UMNO.

“Jadi, saya tidak menghormati pendirian itu. Kita hormati kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan yang ada pada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang pula khususnya Pakatan Harapan (PH) mendakwa Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN, bakal menjadi Perdana Menteri jika BN memenangi PRU-15.

Beberapa UMNO bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan pada Sabtu dan Ahad turut mengemukakan usul agar Ismail Sabri dicalonkan sebagai perdana menteri jika BN menang pada PRU15. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan