26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

YPM salur lebih RM7 juta bantu pendidikan pelajar luar bandar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YAYASAN Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan peruntukan lebih RM7 juta bagi melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bantuan itu disalur menerusi 10 program utama YPM.

“KPLB menerusi YPM mengambil inisiatif membantu Keluarga Malaysia di pedalaman dan luar bandar dengan menyediakan pelbagai bantuan pendidikan dan sumbangan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa agar anak-anak mereka tidak tercicir daripada arus pendidikan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin.

Jelas Mahdzir, antara program CSR YPM termasuklah Tuisyen Pintar [email protected], Skim Anak Angkat, Program Fast Track SPM dan Program Celik Al-Quran.

Baca juga:   RM361.1 juta diluluskan bagi baik pulih, bina baharu PPRT

Turut ada, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Khas Persekolahan, Skim Dana Ehsan Pendidikan, Skim Semarak Ilmu dan Skim Pendidikan Tertiari.

“Pembiayaan pendidikan, bantuan pendidikan, sumbangan zakat serta pinjaman pendidikan adalah antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah KPLB dalam usaha mengatasi masalah bagi mendapat pendidikan sempurna,” katanya.

Katanya, tiga program YPM iaitu Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Khas Persekolahan dan Skim Dana Ehsan Pendidikan menerima peruntukan tertinggi iaitu lebih RM2.9 juta.

Baca juga:   KPLB perkenal program TVET Junior di GiatMARA

Program itu memberi manfaat kepada 24,667 orang pelajar daripada kumpulan B40 di seluruh negara.

Mahdzir hadir pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, hari ini.

Mengenai dana bagi YPM menjalankan program CSRnya, Mahdzir berkata, ia disalurkan oleh KPLB melalui Mara selain sumbangan dan tajaan oleh syarikat korporat serta individu.

Justeru beliau menyeru lebih banyak syarikat korporat dan individu dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan YPM menggerakkan lebih banyak programnya.

Jelas Mahdzir, setiap sumbangan atau tajaan kepada YPM, akan menerima pengecualian cukai daripada kerajaan.

Sementara itu pada majlis yang sama, Mahdzir menyampaikan sumbangan CSR YPM kepada 18 buah sekolah di daerah Padang Terap berjumlah RM95,000.

Turut disampaikan, Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2021 dan Anugerah Penghargaan Agensi-agensi Kerajaan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan