31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

KPLB siap-siaga pelan tindakan hadapi banjir hari mengundi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya sudah bersedia dengan pelan tindakan bagi hadapi kemungkinan banjir pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketua agensi di bawah kementerian itu telah diberi taklimat berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diambil jika berlaku banjir pada hari berkenaan.

“Kita memberi arahan kepada Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif semua agensi.
Agensi seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kedah, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di Kelantan akan mengambil langkah-langkah yang perlu dan melaksanakan SOP yang sepatutnya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Negeri Kedah dan ‘Kenduri Rakyat di Kampung Nako, Belimbing Kanan, hari ini.

Mahdzir, yang juga Naib Presiden UMNO bagaimanapun berharap proses hari pengundian berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik.

Baca juga:   Covid-19: Kadar positiviti tinggi walau ada trend penurunan

“Ada kemungkinan (jumlah pengundi yang rendah) boleh berlaku berikutan ramalan sebegitu (banjir) dan kita sudah tentu bimbang dengan ancaman banjir.

“Kita bagaimanapun menerima ramalan bahawa keadaan cuaca pada hari pengundian adalah baik pada waktu siang. Insyaallah, semuanya akan baik-baik saja, kita harap begitu,”katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda beberapa kawasan di seluruh negara bermula Ahad lalu sehingga hari mengundi pada 19 November.

Baca juga:   Suami isteri mahu miliki 105 anak melalui kaedah ibu tumpang

Jabatan itu juga menjangkakan cuaca ekstrem memberi kesan kepada kebanyakan kawasan luar bandar, barat Semenanjung, Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada waktu petang sehingga ke malam dalam tempoh itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bendera Israel, Malaysia: Kesal video akhir 2019 dimanipulasikan

NOTA Umrah DIY berasa kesal dan kecewa apabila video dari hantaran pihaknya di media sosial memaparkan video bendera Israel...

Lagi Artikel Berkaitan