24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Harga lantai getah boleh dinaikkan jika BN dapat mandat

Saya sendiri akan perjuangkan untuk harga lantai lebih RM3 bagi membela nasib pekebun kecil.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA lantai getah boleh dinaikkan kepada lebih RM3 sekilogram jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat menjadi kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, harga lantai getah ketika ini RM2.50 sekilogram adalah rendah menyebabkan kehidupan pekebun kecil tidak banyak berubah berikutan kos sara hidup yang meningkat.

“Saya setuju dengan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk naikkan harga lantai getah kepada lebih RM3 sekilogram.

“Saya sendiri akan perjuangkan untuk harga lantai lebih RM3 bagi membela nasib pekebun kecil termasuk penoreh yang mengambil upah atau pawah, ini kerana hasil jualan getah mereka perlu dibahagi dua.

“Contohnya harga lantai getah RM3.20 sekilogram maknanya harga getah tak boleh kurang dari itu, maka kehidupan rakyat akan lebih baik,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur dan Kenduri Rakyat di Kampung Nako, hari ini.

Advertisements

Turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal, Pengarah KPLB Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Norshuhaidy Shabudin dan Pengarah RISDA Kedah, M Azmi Mohd.

Jelas Mahdzir, perkara itu menjadi tawaran baru kerajaan BN untuk menaikkan harga lantai getah pada kadar yang bersesuaian biarpun kerajaan perlu menanggung kos tertentu sekiranya ia dilaksanakan.

Sebelum ini RISDA dilaporkan menilai kenaikan harga getah daripada RM2.50 sekilogram ekoran penurunan harga komoditi itu yang menjejaskan pendapatan pekebun kecil.

Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kerajaan menerusi kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ketua Keluarga Malaysia akan sentiasa mencari inisiatif terbaik untuk membantu rakyat.

“Menerusi dasar kerajaan sedia ada ia membolehkan kerajaan membuka pintu untuk rakyat bukan saja mendapat segala bentuk bantuan, bahkan menerusi polisi yang ada, agensi kerajaan boleh digerakkan bagi membantu rakyat dalam apa juga keadaan.

“Sama ada ianya melibatkan krisis seperti COVID-19, bencana alam seperti banjir atau pun bantuan-bantuan yang selalu diberi kepada golongan B40 termasuk M40,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan