25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tetapkan tekad pilih calon prihatin jaga kebajikan rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TETAPKAN tekad dengan hanya memilih calon yang prihatin menjaga kebajikan rakyat dalam keadaan susah dan senang, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesannya lagi, tetapkan pegangan dan niat bahawa setiap undi anda itu penentu masa depan anak cucu kita.

Jelasnya, tidak sampai 48 jam lagi menuju hari pengundian dan beliau menyedari pelbagai cara digunakan oleh pihak lawan untuk meraih undi pada saat akhir.

“Tempoh ini sangat penting, undilah Perikatan Nasional (PN). PN terbukti berjaya menguruskan negara dengan memberi keutamaan semua rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.

“PN juga terbukti berdaya tahan dalam menghadapi situasi pandemik yang menggegarkan dunia. Wabak terburuk abad ini mampu ditangani dengan baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin juga mengajak rakyat renungkan kembali siapa bersama anda ketika negara berhadapan krisis kesihatan dan, cabaran ekonomi sejagat.

“Suka saya ingatkan lagi, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini sangat penting, undi anda menjadi penentu hala tuju negara. Pilih pemimpin yang layak, amanah, bersih dan stabil,”katanya.

Terdahulu, beliau bersama tokoh pemimpin, Tuan Guru Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan calon Parlimen Muar Ustaz Abdullah Husin serta masyarakat setempat menyertai Program Pagoh Berselawat di Bukit Mor, Muar.

Advertisements

Sebelum itu, beliau meneruskan campaign trail dengan merasmikan Pusat Dialisis TSM Hatta yang dijadual beroperasi sepenuhya tahun depan.

Katanya, penubuhan pusat dialisis ini adalah cerminan hasrat PN menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada masyarakat setempat.

“Ketika bersama peniaga gerai buah-buahan dan perabot pula, masing-masing menyatakan rasa bertuah kerana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai bantuan diterima.

“Bantuan daripada kerajaaan PN ketika itu membolehkan mereka bertahan berhadapan suasana penuh cabaran.

“Syukur kini perniagaan mereka beransur pulih dan mereka sentiasa ingat akan jasa dan keprihatinan kerajaan.

“Ketika mengunjungi Akademi Arash pula, sekali lagi saya tekankan akan nikmat kekayaan negara ini adalah untuk dikongsi semua. Kehidupan harmoni pelbagai kaum perlu dikekalkan,” katanya.

Muhyiddin berkata, ingin beliau tegaskan lagi, undi anda kepada Perikatan Nasional adalah penyelamat daripada negara jatuh ke tangan pemimpin yang nyata tidak senang dengan pembangunan Islam.

“Undilah Perikatan Nasional bagi meneruskan mandat perjuangan membangunkan negara yang belum selesai,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan