26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

RM10.93 bilion untuk pembangunan luar bandar – Ismail Sabri

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.55 bilion bagi menambah baik kemudahan infrastruktur luar bandar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperuntukkan lebih RM10.93 bilion dalam Bajet 2023 untuk memastikan pembangunan luar bandar seiring dengan dasar ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bajet 2023 itu merupakan empat peratus lebih tinggi berbanding peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tahun sebelumnya disasar memanfaatkan 8.1 juta penduduk luar bandar.

“Tidak dapat dinafikan kita telah mencapai kejayaan dalam konteks pembangunan infrastruktur di luar bandar yang kini mempunyai bekalan elektrik dan air serta mempunyai rangkaian jalan raya yang sempurna.

“Kita juga telah melahirkan anak-anak luar bandar yang berjaya dalam pelbagai bidang dengan membelanjakan berbilion ringgit saban tahun bagi membangunkan kawasan dan masyarakat luar bandar di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Mini Usahawan Desa Keluarga Malaysia di Bera, Pahang.

Advertisements

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.55 bilion bagi menambah baik kemudahan infrastruktur luar bandar.

Peruntukan bagi membina baharu dan baik pulih rumah pula ditingkatkan daripada RM361 juta kepada RM460 juta.

Manakala RM472 juta diperuntukkan bagi projek bekalan elektrik luar bandar sementara RM381 juta diperuntukkan bagi projek bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif.

Bajet 2023 juga memperuntukkan RM123 juta bagi projek lampu jalan kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan