30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Banjir: Ebit kongsi gambar rumah baharu nenek Rohana

Nasib Rohana mendapat perhatian selepas rumah pusaka yang dibina pada tahun 1969 peninggalan ibu bapanya hanya tinggal tangga selepas dilanda banjir besar penghujung tahun lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KELUHAN warga emas Rohana Mahfuz, 76, yang kehilangan seluruh rumah pusakannya dalam bencana banjir Disember tahun lalu telah diubati oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Ebit dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan gambar kediaman baharu Rohana ditapak asal di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor.

“Sebak rasa pagi ni. Ziarah Nenek Rohana 76 tahun yang rumahnya hanyut banjir cuma tinggal tangga di Hulu Langat. Masa tu satu Malaysia tular kisah nenek ni.

“Kami bantu bina semula rumah baru. Hadiahkan rumah baru untuknya. Ini semua dari Allah. Menangis nenek tadi ucap terima kasih dan memberi semangat baru untuknya.

“Beliau lemah masa tu dan tak kuat. Kini menangis terharu melihat kasih sayang Allah padanya. Bersungguh-sungguh ajak saya datang bawa keluarga mandi-mandi sungai di belakang rumahnya,” kongsinya hari ini.

Dalam pada itu, Ebit mengucapkan terima kasih kepada kontraktor, ASL Construction Malaysia yang berjaya menyiapkan rumah Rohana.

“Banyak lagi rumah lain yang kami bina selalu minta bantuan mereka. Mereka tak berkira dan kerjanya cantik kemas.

“Terima kasih semua yang bersama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia selama ini. Terima kasih semua adik beradik yang sangat baik, jiran tetangga dan masyarakat Malaysia yang baik.

Malah beliau turut meluahkan rasa syukur semua pihak dapat bersama-sama menggembirakan seorang wanita seperti mak sendiri.

“Ya Allah berilah kesihatan buat Nenek Rohana dan bahagiakan hatinya dan jagalah dirinya sentiasa. Terimalah sedikit usaha kami ini. Hanya RedhaMu yang kami harapkan.

Untuk rekod, nasib Rohana mendapat perhatian selepas rumah pusaka yang dibina pada tahun 1969 peninggalan ibu bapanya hanya tinggal tangga selepas dilanda banjir besar penghujung tahun lalu.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan