32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

UMNO gantung semua jawatan isteri Shahidan, Ismail

Ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-duanya terbabit menyokong calon parti lawan PRU-15

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA Ketua Wanita UMNO Bahagian iaitu Arau, Datin Seri Shamsiah Yassin dan Maran, Datin Seri Fatimah Kassim digantung sementara keseluruhan jawatan di peringkat cawangan dan bahagian.

Setiusaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggantungan itu selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-duanya terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan kepada Lembaga Disiplin dalam waktu yang terdekat.

“UMNO ingin menegas, pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU-15 ini bagi memastikan tiada unsur-unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain sebagai Ketua Wanita Bahagian Arau, Shamsiah yang juga isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah Ketua Wanita UMNO Negeri Perlis serta Exco Wanita UMNO Malaysia selain Komanden Skuad Sayang Wanita.

Manakala Fatimah pula adalah isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Shahidan dan Ismail tidak dicalonkan oleh UMNO dalam PRU-15 untuk memberi laluan kepada muka baharu.

Bagaimanapun kedua-dua mereka kemudian menjadi calon kepada Perikatan Nasional (PN) di kawasan sama. Kedua-duanya dipecat daripada UMNO.

-EDISI9

 

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan