32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PRU15 bukan masa untuk Malaysia bereksperimen lagi

Majoriti rakyat akan berlaku rasional dengan memilih kestabilan dan kemakmuran.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU-15) bukan lagi masa untuk Malaysia bereksperimen sebaliknya sangat mustahak dalam menentukan masa depan tanah air dan masyarakatnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kita tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama pada hari pengundian 19 November nanti.

“Usah memperjudikan masa depan negara dengan memilih Pakatan Harapan (PH) hanya kerana kita mempunyai sentimen politik akibat terpengaruh dengan `bisikan’ pemimpin mereka.

“Ingatlah sebilangan rakyat pernah bereksperimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Natijah tersilap memilih kerajaan seperti yang berlaku pada 9 Mei 2018 adalah amat buruk.

“Kemorosotan ekonomi, kewangan negara kucar-kacir, ketidakstabilan politik, keharmonian hidup masyarakat terganggu, kebajikan rakyat dikurangkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Kerajaan BN terbukti berkemampuan, berpengalaman, kukuh dan stabil perlu dibentuk.

“PH pujuk rakyat pilih mereka sebagai kerajaan semula pada PRU15 dan jika prestasi kerajaan PH `ke laut’ mereka bersedia ‘ditendang’ sekali lagi.

“Apakah PH fikir begitu mudah rakyat Malaysia dipermainkan dengan propaganda seperti ini selepas rakyat menyaksikan apa yang terjadi hanya dalam tempoh 22 bulan?

Katanya, aset-aset strategik negara `dilelong’ sewenang-wenang, projek-projek untuk rakyat difaraid oleh kroni, banyak perniagaan terpaksa gulung tikar.

“Sekaligus menyebabkan ramai hilang pekerjaan.

“Pentadbiran kerajaan PH lebih mengutamakan politik berbanding berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Jelas Ahmad Zahid, dunia diramalkan berdepan kemelesetan ekonomi global tahun depan oleh badan antarabangsa dan Malaysia akan turut berdepan tempiasnya.

Ujar beliau, Insya-Allah kita yakin rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan pujukan dan propaganda PH yang bertujuan memanipulasi daya fikiran rakyat ini.

“Majoriti rakyat akan berlaku rasional dengan memilih kestabilan dan kemakmuran, bukan memilih kepentingan politik PH semasa membuat penentuan PRU15.

“Lebih baik kita ‘tendang’ mereka lebih awal supaya mereka tidak merosakkan negara dan kesejahteraan keharmonian hidup masyarakat sekali lagi,”katanya.

Semalam, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, PH perlu diberi sekali lagi peluang mentadibir negara, namun sedia digulingkan sekiranya gagal mempamerkan prestasi baik sebagai kerajaan. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan