32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Kerajaan utamakan pembangunan digital, celik teknologi

Ini kerana dalam Revolusi Industri 4.0, segala urusan harian manusia akan banyak bergantung kepada teknologi terkini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sentiasa mengutamakan pembangunan digital dan kekal komited mewujudkan masyarakat celik teknologi terutamanya ketika negara menempuh era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, literasi digital yang dimiliki hari ini mewakili sebahagian ilmu yang terlalu kecil berbanding apa yang hadir pada masa hadapan yang akan menyaksikan pasaran kerja memerlukan individu berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.

“Ini kerana dalam Revolusi Industri 4.0, segala urusan harian manusia akan banyak bergantung kepada teknologi terkini seperti automasi robotik yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

“Penggunaan teknologi muktahir ini membawa cabaran baharu kepada semua sektor dalam negara ini yang memerlukan mereka berubah seiring dengan transformasi digital untuk kekal bersaing,” katanya.

Baca juga:   Nilai semula cadangan letak Tabung Haji bawah BNM - Asyraf

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Penyerahan Komputer #thetaCares di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini.

Bagi memastikan literasi berjaya, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan termasuk kepada golongan B40 agar tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan teknologi.

Selain itu, katanya, kerajaan juga memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan belia serta jurang antara penduduk bandar dan luar bandar.

Ismail Sabri juga memberi jaminan agenda literasi digital mampu ditingkatkan jika kerajaan terus menerajui kepimpinan negara selepas ini.

Baca juga:   Pertahankan kerajaan PN, buktikan gencatan politik bukan sandiwara

Sementara itu, beliau berkata, antara inisiatif kepada belia pula, sebagai contoh inisiatif e-Pemula sebanyak RM200 diberikan kepada dua juta belia dan pelajar sepenuh masa serta RM100 kepada kumpulan M40.

“Manakala pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 akan menyediakan 100 peratus liputan internet di kawasan berpenduduk.

“Pelaksanaan Projek Internet Luar Bandar dengan mengoptimumkan jaringan kabel elektrik pula menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada lebih 60,000 penduduk luar bandar selain Digital Nasional Berhad (DNB) akan memperluaskan rangkaian 5G di seluruh negara.

“Ini membolehkan rakyat bakal menikmati kelajuan internet lebih pantas dan capaian Internet 5G yang lebih murah,”katanya.- BERNAMA

Baca juga:   100% mangsa banjir di Bera telah terima BWI

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan