31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ismail Sabri terbuka berdepan sesiapa sahaja di Parlimen Bera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau terbuka untuk berdepan sesiapa sahaja di kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menjawab pengumuman PKR pada Jumaat yang meletakkan Abas Awang sebagai calon untuk berdepan dengannya di kerusi berkenaan, beliau yang juga penyandang kerusi itu berkata, pertandingan dalam mana-mana pilihan raya adalah perkara biasa, dalam sebuah negara demokrasi.

Naib Presiden UMNO itu berkata, sepanjang beliau bertanding di kerusi berkenaan, tidak sekali pun beliau pernah menang tanpa ada pertandingan.

Ismail Sabri sebelum ini dilapor mengesahkan untuk sekali lagi mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada PRU kali ini.

PKR dalam majlis pengumuman calon untuk kerusi Parlimen semalam, turut mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpindah dari kerusi Parlimen Port Dickson ke Parlimen Tambun pada PRU15.

Sementara itu, penyandang kerusi Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan bertanding di kerusi Bagan Datuk, berdepan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mengenai perpindahan kerusi oleh PKR itu, Ismail Sabri berkata, berlainan pula dengan UMNO di mana semua penyandang kerusi dilihat kekal bertanding di tempat sama.

“Mungkin mereka tak yakin dengan servis dan perkhidmatan yang mereka berikan selama ini kepada pengundi, menyebabkan mereka pergi ke tempat lain dan buat janji-janji baharu supaya dapat pengaruhi pengundi di tempat baharu.

“Mereka tak boleh bohongi pengundi sama, kalau tak berkhidmat tak beri perkhidmatan, mereka tak boleh janji lagi, rakyat takkan percaya,” katanya dalam sidang media pada program Aspirasi Keluarga Malaysia, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau bertanding di Bera sejak 2004 dan masih bertanding di situ untuk PRU15.

“Kalau saya Perdana Menteri mungkin saya minta pindah tempat lain yang lagi selamat kalau saya tak berkhidmat, tak beri perkhidmatan untuk Bera saya akan takut, takut nak bertanding di tempat sama, kerana janji saya takkan diterima. Tetapi saya kekal.

“Kalau lihat semua calon UMNO kita kekal di tempat sama, sebab kita selama ini telah beri perkhidmatan terbaik, kalau kita janji untuk beri perkhidmatan pun mereka (pengundi) yakin kepada kita,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan