31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Bot tanpa nombor pendaftaran, kru warga Myanmar ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran bersama empat kru warga Myanmar di kedudukan 0.6 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau pada sekitar jam 12.10 tengahari semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kuala Kurau, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot mencurigakan dan dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat empat kru warga Myanmar dan seorang tekong warga tempatan dalam lingkungan umur antara 26 hingga 42 tahun berada di atas bot.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua kru warga asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Manakala tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan bot pula tidak mempunyai lesen yang sah.

Baca juga:   Pengusaha taska didenda RM7,000 tampar kanak-kanak dua tahun

“Kesemua kru, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Katanya, sehubungan dengan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Sebarang aduan dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 untuk tindakan segera. – Edisi 9

Baca juga:   Nelayan warga tempatan dipercayai lemas terjatuh dari bot

Wartawan

Terkini

Tan Sri Abdul Aziz, abang Muhyiddin meninggal dunia

BEKAS Ahli Parlimen Muar, Tan Sri Abdul Aziz Yasin, 90, menghembuskan nafas terakhirnya hari ini. Berita berkenaan dikongsikan sendiri oleh adiknya,...

Lagi Artikel Berkaitan