26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

PM ucap tahniah kepada CEO PERKESO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Ketua Eksekutif (CEO) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed atas pemilihan sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).

Beliau berkata, pemilihan bagi tempoh tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 itu amat bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia kerana ia membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Malaysia di pentas dunia! Syabas dan selamat bertugas!,” kata Ismail Sabri dalam hantaran di Facebook hari ini.

PERKESO dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa dalam aspek perlindungan keselamatan sosial pada Persidangan Agung ISSA semasa Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2022 di Maghribi, baru-baru ini.

Selain itu, Malaysia juga mendapat pengiktirafan di persidangan itu apabila Kuala Lumpur diterima sebagai tuan rumah bagi Persidangan Agung ISSA serta WSSF ketujuh yang bakal diadakan pada 2025.

Penganjuran persidangan kemuncak WSSF diadakan setiap tiga tahun mengumpulkan menteri, pegawai kanan, pengamal dan pakar dalam bidang keselamatan sosial dari negara-negara ahli bagi membahaskan isu semasa serta berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik. – BERNAMA

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan