30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki warga emas ditemukan rentung

Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai terperangkap di dalam bilik tidurnya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga emas ditemukan rentung apabila rumahnya di Taman Dato Harun, Serendah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, terbakar tengah malam tadi.

Mangsa berusia 70 tahun ditemukan rentung selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran pada 12 tengah malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu daripada seorang wanita berusia 40 tahun.

“Wanita yang bekerja sebagai akauntan itu menerima panggilan telefon daripada rakannya, kira-kira jam 10.30 malam, yang memaklumkan rumah bapanya terbakar.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai terperangkap di dalam bilik tidurnya.

“Lelaki warga emas itu tinggal bersama suami isteri iaitu adik kepada mangsa masing-masing berusia 60 dan 67 tahun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ujar Suffian lagi, suami isteri itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kebakaran terbabit memusnahkan hampir 80 peratus struktur dan barang di dalam rumah mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu, jam 10.35 malam.

Beliau berkata, sepasukan 19 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Rawang dikejarkan ke lokasi.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan