29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pesta Halloween di Seoul: Sekurang-kurangnya 149 maut

Berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat kawasan itu sempena pesta Halloween.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA 149 orang terbunuh manakala 76 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween.

Laporan Yonhap yang memetik pihak berkuasa bomba, insiden itu berlaku pada Sabtu malam di kawasan berhampiran Hotel Hamilton di pusat hiburan malam yang terkenal, menurut saksi.

Berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat kawasan itu sempena pesta Halloween.

Setakat awal pagi Ahad, seramai 149 orang termasuk dua warga asing disahkan terbunuh dengan 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah dan jumlah korban dijangka meningkat, menurut pihak berkuasa bomba.

Advertisements

“Kebanyakan mangsa dalam lingkungan 20-an,” kata pihak berkuasa.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian dan memberikan bantuan CPR ke atas berpuluh-puluh mangsa.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan