29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

GTA tidak musuhi bukan Melayu – Dr Mahathir

Kaum bukan Melayu akan diberi tempat dalam pemerintahan sekiranya GTA memengani PRU-15

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi penjelasan bahawa Gerakan Tanah Air (GTA) yang digerakkannya bukanlah sebuah parti yang memusuhi kaum bukan Melayu.

Sebaliknya, Pengerusi Penaja GTA itu berkata, walaupun GTA merupakan gabungan parti-parti yang memperjuangkan Melayu, namun mereka bukanlah sebuah parti yang rasis.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Melayu GTA akan memberi tempat kepada kaum-kaum lain dalam pemerintahan sekiranya parti itu berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Melayu GTA akan menjunjung tinggi keluhuran undang-undang dan pemisahan kuasa antara legislative, executive dan judiciary,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dr Mahathir juga mengingatkan sejak merdeka, Malaysia telah diperintah oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu.

“…Tetapi di masa merdekalah orang bukan Melayu maju sehingga tertinggal orang Melayu di belakang.

“Walaupun usaha dibuat untuk kurangkan jarak antara Melayu dengan kaum lain, hak dan kemajuan perniagaan dan perusahaan orang bukan Melayu tidak terhalang,” katanya.

Pada 4 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA yang disertai empat parti iaitu Pejuang, Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Gerakan itu juga terbuka kepada badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan, ahli akademik serta profesional dalam kalangan Melayu.

Katanya, GTA ditubuhkan untuk perjuangan orang Melayu dan agama Islam.

Penubuhan GTA itu, jelas beliau, bukan untuk memecahbelahkan perpaduan kaum Melayu sebaliknya memperkasa dan mengembalikan kekuatan kaum Melayu terutama dalam bidang ekonomi.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan