29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

Seramai tujuh suspek iaitu lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor, dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September lalu berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa negara Thailand dan dibawa pulang ke Malaysia pada hari ini.

Menurutnya, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan tersebut.

“Melalui siasatan serta kerjasama erat antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan telah berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di Thailand.

Baca juga:   Pekerja kilang tikam isteri sebelum terjun tingkat 12

“Dalam kes ini, seramai tujuh suspek iaitu lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor, dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.

Ujar Acryl lagi, turut dirampas dalam kes tersebut ialah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

Dalam pada itu, PDRM menzahirkansetinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan Kedutaan Malaysia di sana atas segala kerjasama dan bantuan dalam usaha membantu menyelamatkan mangsa culik kes berkenaan.

“PDRM juga menyeru kepada masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” katanya.

Baca juga:   Malaysia terima 1 juta dos vaksin percuma daripada UAE

Dalam kejadian pukul 4.10 petang itu, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, dilarikan oleh tiga lelaki menggunakan sebuah kereta jenis Toyata Vios berwarna perak.

Media sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa Thailand menyerbu dua buah rumah di tepi Sungai Golok, dipercayai menjadi lokasi Rosnazirah disembunyikan selepas dilarikan dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat.

Bagaimanapun, kedua-dua buah rumah itu tiada penghuni semasa serbuan dijalankan.

Siasatan polis mendapati, perselisihan faham antara suami mangsa dengan ahli sindiket dadah yang turut disertainya dipercayai menjadi punca wanita itu diculik.

Baca juga:   Influencer rentas negeri hadir majlis kahwin diburu polis

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Muhyiddin, Khairy, Zafrul berdepan siasatan SPRM

TAN Sri Muhyiddin Yassin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan