31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gangguan seksual: Pensyarah UiTM ditamatkan perkhidmatan

Unit Integriti UiTM telah menjalankan siasatan yang teliti bermula pada tahun lalu terhadap segala bahan bukti yang telah dikumpulkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas penuntutnya sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa serta-merta.

UiTM dalam satu kenyataan berkata, penamatan perkhidmatan itu setelah prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai, serta dimesyuaratkan di Jawatakuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi UiTM.

Menurutnya, UiTM mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

“Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM.

“Unit Integriti UiTM telah menjalankan siasatan yang teliti bermula pada tahun lalu terhadap segala bahan bukti yang telah dikumpulkan sebelum sebarang kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman dapat ditentukan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk. Ts. Dr Roziah Mohd. Janor menjelaskan warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal Akta 605 ini.

Menurutnya, sekiranya ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, pihak Universiti tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan.

Media pada 18 Jun tahun lalu melaporkan UiTM telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman meneliti dan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan gangguan seksual dilakukan seorang tenaga pengajarnya kepada beberapa pelajar.

16 Ogos lalu, bekas siswazah berkenaan baru mempunyai keberanian untuk mendedahkan perbuatan terkutuk pensyarah berkenaan di media sosialnya.

Pensyarah tersebut juga didakwa menghantar notis mahu mengambil tindakan saman malu terhadapnya pada 6 September lalu.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan