26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Perselisihan ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERSELISIHAN antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, Kelantan, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam bagi membantu siasatan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya lapor Harian Metro.

Dalam kejadian petang kelmarin, Rosnazirah Mohd Naim, 36, atau Azi yang dipercayai dilarikan beberapa lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu.

Baca juga:   KPM perincikan data 'trend' bersara awal

Dia dikatakan dilarikan sekumpulan lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam, hari sama.

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan