Sunday, June 14, 2026

Dua maut nahas Myvi, treler di LPT1 dekat Temerloh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA termasuk seorang wanita maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di Temerloh, awal hari ini.

Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myvi dikenali sebagai Tan Wee Li, 39 dan Nur Susilawati Che Deraman, 35.

Pemandu dan penumpang treler dilapor selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 2.47 pagi.

Menurutnya, susulan maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh ke lokasi untuk bantuan kecemasan.

“Ketika tiba di lokasi mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah treler dan kereta.

“Dalam kemalangan itu pemandu dan penumpang tersepit dan meninggal dunia,” katanya.

Zulfadli berkata, anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Edisi 9


Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan