31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lagi nahas babitkan treler: Seorang maut, bayi parah

Kemalangan itu membabitkan 29 kenderaan termasuk dua kumpulan pengayuh basikal yang sedang berbasikal ke Tasik Kenyir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita maut, empat cedera termasuk seorang bayi parah selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan 29 kenderaan di Jalan Kamunting, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.05 pagi itu, kenderaan yang terbabit adalah dua lori muatan pasir dan besi, 21 basikal, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.

Difahamkan, dalam kejadian itu sebuah lori yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Puteh berkata, 13 anggota dan pegawai selain dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, terdapat lima mangsa iaitu seorang wanita dewasa meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan.

“Kerja-kerja operasi menyelamat sedang dilakukan oleh pihak bomba di lokasi terbabit,” katanya.

Difahamkan, nahas tersebut melibatkan enam daripada seramai 23 ahli kelab basikal Ortho Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Kelab Basikal Continator Malaysia yang sedang dalam perjalanan ke Tasik Kenyir, Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria yang berada di lokasi kejadian dilaporkan berkata, laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas operasi menyelamat selesai dijalankan.

Kelmarin, empat orang terbunuh apabila sebuah treler terbabit dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 277.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Ipoh, Perak. 

Mereka yang terbunuh terdiri daripada satu keluarga yang menaiki Proton Persona dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan