24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pakar bius ‘kantoi’ rogol wanita hamil jalani pembedahan

Doktor itu memasukkan zakarnya di dalam mulut mangsa ketika doktor lain sibuk melakukan pembedahan caesarean ke atas wanita berkenaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG doktor pakar bius Brazil telah ditahan polis selepas dia dirakam merogol seorang wanita hamil ketika sedang melakukan pembedahan caesarean dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu.

Memetik laporan Daily Mail, Giovanni Quintella Bezerra, 32, ditahan pada Isnin lalu kerana disyaki merogol selepas dia memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa yang telah dibius di Hospital Wanita di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro tanpa menyedari perbuatan kejinya itu telah dirakam oleh kakitangan hospital.

Difahamkan, Bezzera baru sahaja menamatkan latihan sebagai doktor pakar anestesia dua bulan lalu.

Salah seorang kakitangan di hospital itu berkata, dia terpaksa membuat rakaman video itu kerana curiga dengan kelakuan doktor terbabit yang memberi dos bius yang terlalu tinggi kepada seorang wanita hamil yang bakal bersalin secara pembedahan caesarean.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Bezerra menyerang ibu hamil itu secara seksual dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa ketika doktor lain sedang sibuk melakukan pembedahan terhadap pesakit itu.

Dalam video tersebut, mangsa terbaring tidak sedarkan diri dan di sebalik tirai ada sepasukan doktor sedang berusaha melakukan pembedahan caesarean terhadapnya.

Advertisements

Di kesempatan itu, Bezerra membuka zip seluar lalu mengeluarkan zakarnya untuk dimasukkan dalam mulut pesakit itu.

Selepas selesai ‘berseronok’ selama 10 minit, Bezerra mengelap mulut pesakit dengan tisu untuk memadamkan bukti jenayah yang dilakukannya.

Sementara itu, Yayasan Kesihatan Rio de Janeiro dan Setiausaha Negara Kesihatan berkata, siasatan dalaman sedang dilakukan dan tindakan tegas terhadap pegawai perubatan terbabit akan diambil.

“Pihak hospital juga akan memberi sokongan penuh kepada mangsa dan keluarganya. Tingkah laku ini merupakan jenayah dan pelakunya mesti dihukum mengikut undang-undang,” katanya.

Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada suspek mempunyai mangsa lain dan dalam masa sama turut memuji tindakan pantas kakitangan hospital yang menyedari perbuatan jenayah suspek. – Agensi

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan