26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Permohonan visa umrah 1444 Hijrah dibuka mulai hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa permohonan visa umrah bagi tahun 1444 Hijrah untuk jemaah luar negara mula dibuka mulai hari ini.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik kenyataan kementerian itu pada Rabu melaporkan, jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi mulai 30 Julai ini.

Beliau berkata, syarat permohonan visa umrah boleh disemak di portal kementerian menerusi pautan https://haj.gov.sa/en/InternalPages/Umrah.

Manakala bagi agensi umrah dan ziarah dari luar Arab Saudi yang mahu memohon lesen perkhidmatan umrah pula boleh didapati di laman https://umralicense.haj.gov.sa.

Syarikat agensi umrah dan ziarah juga diingatkan untuk melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, keahlian IATA dan dokumen-dokumen berkaitan.

Menurut kenyataan itu, pemohon visa juga disyaratkan telah mengambil vaksinasi COVID-19 yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi, selain menpunyai sijil lengkap vaksinasi yang diperakui sah negara masing-masing bagi menjamin pencegahan penularan COVID-19.

— BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan