25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Tuntutan palsu PENJANA: SPRM buka 24 kertas siasatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 24 kertas siasatan berkaitan bayaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, ini susulan operasi besar-besaran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semalam.

Beliau berkata, kertas siasatan itu melibatkan tuntutan-tuntutan bayaran penjana yang dibuat oleh syarikat-syarikat di seluruh negara kepada pihak Perkeso.

“Sebanyak 37 tangkapan telah dibuat menerusi Ops Hire melibatkan seramai 26 lelaki dan 11 wanita yang terdiri daripada individu berjawatan pengarah, pengurus, pemilik syarikat pegawai eksekutif dan jurutera berumur 28 hingga 70 tahun.

“Siasatan yang dijalankan berhubung kes ini melibatkan 13 negeri seluruh negara kecuali Sabah, Sarawak, Labuan dan Terengganu,” katanya lapor Kosmo!.

Hishamuddin berkata, jumlah keseluruhan peruntukan yang dituntut adalah sebanyak RM100 juta manakala sebanyak 36 akaun bank milik syarikat-syarikat yang terlibat berjumlah RM7,344,177.13 juga telah dibekukan.

Baca juga:   Siapa perosak sebenar UMNO akan diketahui juga - Annuar

“Kesemua individu yang telah ditahan akan direman mengikut negeri masing,” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Saya menegaskan bahawa kes ini melibatkan kepentingan awam dan wang rakyat yang perlu dipelihara daripada ketirisan. Tiada tolak ansur bagi mana2 pihak yang menyeleweng atau menipu peruntukan ini,” ujar beliau.

Baca juga:   Ketua Polis Balai tak mengaku bersalah lima tuduhan rasuah

Terdahulu, SPRM memaklumkan tentang pelaksanaan operasi besar-besaran bersama Perkeso bagi menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) di beberapa negeri seluruh negara.

Program Penjana Kerjaya merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja semasa mendepani cabaran COVID-19 bermula awal tahun 2020 yang dilaksanakan oleh Perkeso melalui pewujudan pekerjaan baharu, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja.

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan