29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Letupan bom di Somalia ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-kurangnya 20 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian letupan bom berasingan di selatan Somalia semalam.

Seorang pegawai polis di bandar Marka, wilayah Lower Shabelle memberitahu Agensi Anadolu (AA) bahawa seorang pengebom bunuh diri bertindak meletupkan dirinya sehingga mengorbankan 13 orang, termasuk Datuk Bandar Abdullahi Ali Wafow, pengawal keselamatan dan orang awam.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Marka yang terletak 90 kilometer dari Mogadishu, ibu negara Somalia, merupakan sebuah bandar utama yang menempatkan beberapa kontinjen misi pengaman Kesatuan Afrika.

Serangan berlaku berhampiran ibu pejabat pentadbiran Marka.

Kumpulan pengganas Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Di wilayah yang sama, letupan periuk api menggegarkan pasar di bandar Afgoye, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan lebih 14 yang lain, menurut pegawai keselamatan serantau di Lower Shabelle.

Serangan di Afgoye turut memusnahkan bangunan dan kedai berhampiran, menurut seorang saksi.

Afgoye terletak 30 kilometer dari barat daya Mogadishu.

Sementara itu, Turkiye mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang membawa maut di Somalia.

“Kami amat sedih apabila mengetahui ramai orang, termasuk pegawai dan orang awam terkorban atau cedera dalam serangan pengganas yang berlaku di Afgoye dan Marka,” lapor AA memetik kenyataan Kementerian Luar Turki.


— BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan