25 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Dua pemandu treler cedera nahas di Lebuh Raya Karak

Treler membawa muatan besi buruk dipandu lelaki berusia 24 tahun hilang kawalan, terbabas dan terbalik akibat jalan licin.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA pemandu treler cedera selepas kenderaan dipandu mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 43.3 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hala timur pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan mangsa berusia 24 dan 30 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati treler yang membawa muatan besi buruk dipandu lelaki berusia 24 tahun dari Pelabuhan Klang menghala ke Kuantan.

“Treler tersebut hilang kawalan, terbabas dan terbalik berpunca dari hujan menyebabkan jalan licin serta basah.

“Selang beberapa minit kemudian, datang sebuah treler membawa muatan kayu bergergaji cuba mengelak ke kiri jalan menyebabkan kenderaan yang dipandu lelaki berusia 30 tahun itu hilang kawalan dan terlanggar batu penghadang jalan lalu terbalik masuk ke dalam gaung,” katanya kenyataan hari ini.

Baca juga:   Sukarelawan JIM turun padang bersih rumah mangsa banjir

Rakaman kejadian itu juga turut tular dalam media sosial melalui TikTok akaun milik @Eynaredho.

Mohd Zaiham berkata, akibat kemalangan tersebut pemandu treler besi buruk mengalami kecederaan di belakang badan, tangan kiri dan kaki kanan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan.

“Pemandu treler kayu tersebut pula mengalami kecederaan patah kaki dan tangan kanan serta bahu kiri serta mendapat rawatan di sebuah hospital swasta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memberitahu, sebanyak 224 kes kemalangan dicatatkan melibatkan pelbagai jenis kenderaan sepanjang Januari hingga Julai tahun ini di KM40-50 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Baca juga:   Kadar penggunaan ICU seluruh negara lebih 60 peratus

“Kereta mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 164 kes diikuti lori (24), lain-lain (22) dan motosikal (14),” tambahnya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Barisan kepimpinan PDRM, kunjungan hormat ke atas PM

BARISAN Kepimpinan PDRM diketuai Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat...

Lagi Artikel Berkaitan