25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Remaja OKU dirogol jiran positif dadah

Mangsa dipercayai dirogol oleh lelaki yang juga jirannya, masih bujang berusia 20-an.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG gadis orang kurang upaya (OKU) pembelajaran yang berusia 15 tahun dipercayai dirogol oleh jirannya di Kota Bharu, Kelantan, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, ibu mangsa menyedari kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam semalam sebelum membuat laporan polis.

Menurutnya, ibu mangsa mendapati anak perempuannya tiada di rumah pada kira-kira 7.10 petang pada Sabtu.

“Pada pukul 7.50 petang, mangsa pulang ke rumah dan ibunya mengesyaki gadis tersebut keluar bersama kawan lelaki dan dirogol.

“Mangsa dipercayai dirogol oleh lelaki yang juga jirannya, masih bujang berusia 20-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, susulan insiden tersebut, pada pukul 8.30 malam semalam, pihak polis membuat tangkapan ke atas lelaki tersebut di kawasan Jalan Kampung Bunut Payung, Kota Bharu.

Advertisements

“Mangsa seorang OKU masalah pembelajaran dan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu.

Beliau berkata, semakan terhadap lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu mendapati dua rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan awal dadah ke atas lelaki itu mendapati positif methamphetamine.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk permohonan reman dan ditahan selama lima hari bermula Isnin sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan