27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pening kena ‘balon’, Faizal mohon maaf

Akui sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting

Mesti Baca

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengaku pening selepas kena ‘balon’ gara-gara mengeluarkan kenyataan bahawa kekalahan pasukan negara kepada Bahrain tempoh hari kerana sorakan penonton yang terlalu bising.

Beliau memohon maaf susulan salah faham yang timbul sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya peminat dan penyokong Harimau Malaya.

Ahmad Faizal berkata, sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.

“Sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai. (Bila dah kena balon, saya pun pening).

Advertisements

“Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” katanya menerusi ciapan dalam twitter malam tadi.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan bahawa Ahmad Faizal sebagai berkata, sorakan penonton yang secara tiba-tiba menyebabkan para pemain negara hilang fokus, sehingga terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

“Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit,” katanya.

Bekas Menteri Besar Perak itu sebelum itu diminta mengulas tentang kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Bahrain dalam aksi pusing akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan